MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya
Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah
disambung dengan ayat seterusnya.
MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang
dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku."
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)
MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah
gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah
kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini
Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah
kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi
rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur.
Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing
serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya,
ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar
hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan
pada air minuman dan ketika membasuh beras.
SUMBER ---- http://sayapunadablog.blogspot.com/
Wednesday, 11 September 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment