Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan
yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang
sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa
anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari
sihir dan gangguan syaitan.
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan
memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar
madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji
tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau
sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah
jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil
berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat
berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan
berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana
kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah
meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh
syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah
mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada
syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu
menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi
yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan
tersebut.
5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas
adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah
S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan
dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina
6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas
majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di
atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon
kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku
berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi
ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya
dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan
tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang
yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
SUMBER ---- http://halaqah.net/
Saturday, 7 September 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment