Thursday, 19 September 2013

Amalan Dan Kelebihan Membaca Yasin.

Amalan dan kelebihan membaca surah yasin mengandugi pelbagai keistimewaan.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

5. Jika terpenjara akan dibebaskan .

6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .

9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
 Rasulullah SAW bersabda;

1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”

3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”

5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”


Marilah kita semua berkongsi amalan ini untuk panduan kehidupan kita seharian di samping mencari keredhaan Allah.
InsyaAllah.



0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Amalan Di Dunia..