Terdapat 20 perkara yang patut dijauhi. Perkara tersebut adalah seperti berikut :
1 : Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.
Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan
kufur serta syirik adalah meninggalkan solat". (Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: "Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya." (Surah Al-Ma’un ayat 4-5).
2 : Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki
(selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh
rumah kita.
Perlu
biasakan memakai selipar atau terompak bila masuk ketandas atau bilik
air untuk menjaga kebersihan kaki kita setelah mandi dan mengambil
wuduk, supaya najis tidak dibawa keluar bilik air.
3 : Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup
kedalam minuman.
Di
dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri
bahawa ia mengkhabarkan : "Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasalam melarang
minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas
dalam air minum."
Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.
Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.
Ini
termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum,
sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan
beberapa bahaya:
Kotoran
yang biasanya ada dipermukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan
yang sumbinng, lain halnya bahagian tepi cawan yang masih utuh.
1. Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
2.
Kotoran dan seumpamanya biasa terhimpun di bahagian cawan yang pecah,
kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan
yang masih baik.
3.
Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu
bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik
dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala
sesuatu pasti tidak ada baiknya.
4.
Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian
yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui
bahagian tersebut.
Adapun
bernafas dalam air minum, risikonya adalah menimbulkan bau busuk pada
air minum yang tidak disukai orang lain, terutama sekali orang yang
bau mulutnya mengalami perubahan buruk. Pada dasarnya, secara umum
nafas orang yang minum akan bercampur ke dalam air tersebut.
Justeru,
Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasalam menggabungkan antara larangan
meniup air dan larangan bernafas dalam air dalam hadis At-Tirmizi dan
dinyatakan sahih oleh beliau, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan :
"Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minum."
4 : Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk
belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan.
Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa
dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada
makanan yang kotor dan busuk.
Islam
menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan
diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Dari
‘Amr bin Syu’aib : ‘Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu
mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu,
dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaannya dalam
berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain.” (Hadis Riwayat Imam
Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)
5 : Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).
Abdullah
Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh.
Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu
rezeki dibahagi-bahagikan?"
Rasulullah
SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah
memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang
berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat Subuh.
Telah
thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya
memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi
melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh,
maka baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '
"Wahai
anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau
jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan
rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Hadis
Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."
Oleh
itu para fuqaha menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan
dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas
solat Subuh dan Asar.
6 : Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
Dari
'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah SAW
bersabda kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan
kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq
'alaih)
Dari
Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah SAW (pada
suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak
mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan
sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal
tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: 'Bismillahi awwalahu wa
akhirahu.' Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda: "Tidak
henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah
dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca
Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah
ada dalam perutnya. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i)
7 : Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut
kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.
Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah. "Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah"
maksudnya:
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya
dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan
Nasai)
Sunnah
berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta
memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya
menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada
yang tertinggal.
8 : Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
Nabi
SAW bersabda maksudnya : “Jika engkau memakai kasutmu, mulailah
dengan kaki kanan. Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan
kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula memakai kasut dan sebelah kiri
mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut.
Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah
Albani)
9 : Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Allah
Subhanahu Wa Taala berfirman maksudnya : " Katakanlah kepada
orang-orang beriman lelaki agar mereka menundukkan pandangan mata (
terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ).
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat
mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita
yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang
biasa nampak daripadanya."( Surah An-Nur ayat 30-31 )
10 : Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang
perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga
itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
11 : Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Rasulullah
SAW pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah :
"Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu
mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti
sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu
pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya
(zikrullah)."
Justeru
itu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT perlulah
dibuat secara berterusan tanpa henti.Taubat haruslah di perbaharui
dari masa ke masa. Ini kerana, setiap insan tidak mungkin terlepas
dari dosa, samaada besar atau kecil, dosa batin atau lahir, dosa yang
diketahui atau tidak atau lalai dalam menunaikan hak Allah dan manusia
lainnya. Bahkan dosa kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dalam
agama dan sebagainya juga tidak terkecuali.
12 : Jangan ego (sombong) untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Sifat
orang mukmin akan sentiasa meminta maaf dan merendahkan diri terhadap
kedua ibu bapanya. Sentiasa memberi khidmat terbaik terutama apabila
mereka menjangkau usia tua yang uzur. Begitu juga sifat orang mukmin
yang suka meminta maaf kepada siapa sahaja orang lain yang dirasakan
bersalah .
Di
dalam surah al-Israk, firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah
al-Israk ayat 23)
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap
orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang
perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang
itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum
datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak
untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh,
akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang
dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak
mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta
dibebankan kesalahan itu ke atasnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
13 : Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Dari
Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang
bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan
Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah SAW. bersabda maksudnya ,
"Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu
yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain,
maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah SAW ditanya," Bagaimana
kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu
sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak
benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang
lain).
14 : Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah
diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq ayat 3).
15 : Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.
Rasulullah
SAW bersabda: “Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli
ibadah yang bakhil.” (Hadis Riwayat Al Khatib)
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh
sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari
kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Dari
Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
“Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga,
sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang
mendoakannya untuknya.”
(Hadis Riwayat Bukhari).
Nabi
SAW bersabda maksudnya : “ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga
dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya
dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa
hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad
dan Muslim)
16 : Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Suatu
ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang
ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku
ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku
tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Abu Hurairah).
Dalam
hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan
sabda baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh
menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”
17 : Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai
Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu
didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan
janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana
kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."
Nabi
S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat
padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang
terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri
kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia
berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia
curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635.
dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
18 : Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.
Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.
Nabi
S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa
orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka
sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh
Allah."
(Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)
Dari
Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu
waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik
ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
19 : Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu
lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Ingatlah!
Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menuai memanglah
susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita
tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut
ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran.,
anggaplah kesukaran di dunia adalah bersifat sementara dan jangan
sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud : "... dan janganlah kamu berputus
asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak
berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum
yang kafir." (Surah Yusof ayat 87).
Sabda
Nabi SAW maksudnya; Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang
berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila
diwaktu pagi tidak menunggu petang, Perumpamaan aku dan dunia seperti
orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan
meninggalkannya. "
20 : Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
Bersama-samalah kita semua menjauhinya.
SUMBER ---- http://abubasyer.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment