Wanita
yang solehah adalah wanita yang beriman kepada Allah s.w.t. dan
rukun-rukun Iman yang lain. Mempunyai akhlak yang mulia, hati yang
bersih daripada sifat-sifat mazmumah dan sentiasa melaksanakan
tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang solehah untuk memastikan
rumahtangga yang terbina adalah rumahtangga Islam (baitul Muslim). Semua
masa dan waktunya dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari
keredhaan Allah s.w.t.
Di
dalam Al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. terdapat beberapa tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh setiap isteri yang solehah. Perkara-perkara
tersebut adalah seperti berikut :
1. Sentiasa malu kepada suami.
2. Menutup keaifan suami dan tidak menceritakan kepada orang lain.
3. Mentaati perintah suami dan tidak suka berbalah dengan suami.
4. Diam ketika suaminya sedang berbicara.
5. Berdiri ketika suaminya pulang dan ketika keluar.
6. Dekatkan dirinya kepada suaminya (ketika tidur).
7. Memakai wangi-wangian hanya untuk suami.
8. Memelihara mulutnya dengan bersugi dan dengan bau-bauan yang harum.
9. Sentiasa berhias di hadapan suami.
10. Tidak berhias ketika suami tidak ada.
11. Tidak berkhianat kepada suaminya ketika tidak ada ditempat tidur.
12. Menghormati keluarga suami dan kerabatnya.
13. Merasa puas dan bersyukur jika di beri sedikit oleh suami.
14. Tidak menolak ajakan suami (untuk bersanggama).
15. Tidak boleh berpuasa sunat kecuali mendapat keizinan daripada suami.
16. Tidak boleh keluar rumah kecuali mendapat keizinan daripada suami.
17. Tidak membenarkan masuk ke dalam rumah orang yang tidak diredhai oleh suami.
18. Memelihara harta suami.
19. Tidak berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang lunak.
20. Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang jelek.
21. Mampu melahirkan ramai anak.
22.Wanita
yang kematian suami dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu
ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik
mereka serta memperlakukannya dengan baik.
23. Tidak mengadu domba dan mengumpat.
24. Memelihara auratnya.
25. Tidak menyakiti suaminya.
26. Mengutamakan solat di rumah dari di masjid kecuali untuk mengikuti majlis ilmu dengan izin suaminya.
27. Tidak memakai perhiasan yang berlebihan ketika keluar rumah.
28. Tidak berjalan dengan gaya yang jelek.
29. Suaminya merasa senang dan rasa kasih apabila memandangnya.
30. Menahan pandangan (tidak liar pandangannya).
31. Mendidik anak-anak dengan iman dan takwa.
32. Banyak bersabar dalam menempuh segala kesusahan dan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintah Allah.
33. Menjaga rahsia suami dan tidak menceritakannya walaupun kepada ibu bapanya.
Sekiranya
setiap wanita Islam yang telah berumahtangga, yang ingin mendapat
keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat perlulah memiliki
ciri-ciri sebagai isteri solehah seperti yang di nyatakan di atas.
Wanita yang derhaka kepada suaminya dan tidak mempunyai alasan yang
dibenarkan oleh syarak maka jika ia mati (tidak mendapat keampunan dari
suaminya), maka ia tidak akan dapat mencium bau Syurga. Terdapat ramai
dikalangan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita, salah satu
kesalahan mereka adalah kerana derhaka kepada suami.
Oleh
itu bersiapkanlah diri kalian untuk menjadi wanita solehah iaitu isteri
dan ibu solehah kerana sesungguhnya redha Allah bergantung kepada redha
suami kepadamu.
SUMBER ----- http://abubasyer.blogspot.com/
Sunday, 1 September 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment