Google Image |
Dari Ibnu Abbas r.a nabi s.a.w masuk ke dalam rumah orang Arab Dusun untuk melihat di sakit.
Kata Ibnu Abbas:
”Pernah Nabi s.a.w apabila dia masuk ke rumah orang yang sakit untuk melihatnya, baginda bersabda:”Tidak mengapa! Sembuh, insya Allah.” Ucap nabi kepada orang sakit itu. “Tidak mengapa, sembuh, insya Allah!”
Jawabnya:”Tuan katakan:”Sembuh .
Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan membawa maut.” Nabi s.a.w bersabda:”Ya, benar katamu itu.”(Al-Bukhari)
Baginda Rasullulahah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan:
“Alangkah bagus engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!’
(Hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi)
“Dari Ali r.a. ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tiada seorang Muslim itu melawat seorang Muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya 70 000 malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang melainkan meminta ampun untuknya 70 000 malaikat hinga waktu pagi dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga.””
( Riwayat Imam At-Tarmizi )
Antara adab menziarahi orang sakit ialah:
1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
2.Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan… (sebutkan nama dan pangkatnya).
4.Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
5.Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
6.Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
1. Mendo’akan si sakit agar lekas sembuh.
2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah.
3. Menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Cth ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
4. Pendekkan waktu ziarah
5. Menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan si sakit (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
6. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yg sakit demam panas
7. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dlam bab menjenguk orang musyrik.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment