Membersihkan hati dan jiwa dari sesuatu yang jahat merupakan keinginan 
setiap orang muslim.Bagaimanakah caranya agar hati kita tetap 
bersih dari hal-hal kotor.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah 
yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan 
hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur -
 Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa
 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan 
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, 
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" 
sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali 
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri 
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok 
belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum 
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak 
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, 
bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut 
sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
 -
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu 
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat. 
SUMBER: http://sentuhanrohanijentayutiara.blogspot.com 
Sunday, 1 September 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment