Assalamualaikum.... 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir
 yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat
 daripada Allah SWT, Al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab 
yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya 
penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan 
untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). 
Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat 
bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, 
pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar 
dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.
Di dalam Al-Quran 
dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku 
sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu 
manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan 
sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Terdapat 15 kebaikan-kebaikan Al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :
Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.
Daripada
 Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. 
bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang 
yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al
 Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( 
mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat 
Muslim)
Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.
Daripada
 Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan 
mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Keempat : Membaca Al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
Daripada
 Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang 
membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua 
pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima : Mukmin yang membaca Al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada
 Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah ( 
seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang 
mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan 
rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti 
Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang
 munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti buah labu yang tiada bau 
dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca Al-Quran.
Daripada
 Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: 
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan 
merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.(Hadis Riwayat 
Muslim)
Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang Al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak
 boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang 
dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan 
ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu 
dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelapan : Membaca Al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
Daripada
 Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca 
Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, 
maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya 
mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi 
Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda 
bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang roboh.
Daripada
 Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun 
daripada ayat Al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi
 dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan Al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu
 masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, 
perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau 
memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan 
ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud 
dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
Kesebelas : Membaca beberapa ayat Al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.
Daripada
 ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami 
berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: 
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari 
menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta 
yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus 
hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda 
Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau 
membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih
 baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta 
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat 
Muslim)
Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.
Daripada
 Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling
 layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih 
membaca Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )
Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada Al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.
Daripada
 Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara 
dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : 
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh 
dengan Al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada
 keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis 
Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)
Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca Al-Quran.
Daripada
 ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang 
membaca Al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali 
membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Barangsiapa yang membaca Al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
Kelima belas : Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Daripada
 Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf 
daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai 
dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu
 huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu 
huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan 
sahih)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita , apabila kita sentiasa 
menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat 
dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga 
merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan 
menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah
 S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti 
besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati 
bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan 
membaca Al-Quran.”
Perkongsian Dari SUMBER 
Sunday, 30 March 2014
Friday, 28 March 2014
Ciri-ciri Utama Calon Pasangan Menurut Pandangan Islam.
Posted By:  
Unknown
on 20:19
Ciri-ciri Utama Calon Suami/Isteri Menurut Pandangan Islam.
Islam
 menyarankan dalam soal pemilihan jodoh ialah di kalangan yang baik, 
berpegang teguh kepada agama, menjaga maruah diri dan cantik akhlaknya. 
Syariat mengungkap lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga 
sebaliknya.
Konsep
 inilah yang perlu difahami oleh ibubapa dalam memilih menantu dan 
anak-anak dalam memilih pasangan kerana hadis Nabi bila Rasulullah 
berpesan, maksudnya, “perempuan itu dikahwini dengan empat perkara, 
kecantikan, keturunan, harta dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama,
 nescaya tangan engkau akan subur (berkat/selamatlah kamu)..” 
Ciri-ciri Utama Calon Isteri Menurut Perspektif Islam
- Beriman dan solehah/berpegang teguh kepada agama
 - Elok rupa paras supaya tenang mata memandang
 - Memiliki akhlak terpuji
 - Mas kahwin yang rendah
 - Subur supaya boleh melahirkan zuriat ramai yang soleh/solehah
 - Masih dara
 - Keturunan baik untuk melahirkan generasi yang bertakwa
 - Datang dari keluarga sederhana (qana’ah) bukan pentingkan kebendaan
 - Bukan kaum kerabat atau saudara terdekat kerana boleh menjejaskan kesuburan
 - Tidak lebih dari satu kerana risiko isteri curang disebabkan kesunyian sekiranya suami berpoligami dan gagal bersifat adil
 
Ciri-ciri Utama Calon Suami Menurut Perspektif Islam
- Berilmu dan bertakwa
 - Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga
 - Memiliki akhlak terpuji
 - Memiliki/mamahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri
 - Tidak berpenyakit
 - Rajin usaha
 - Sekufu dan sesuai/serasi mengikut pandangan Islam dan adapt/’urf/pandangan masyarakat umum (kadang-kadang berbeza mengikut tempat/zaman/masa/keadaan/adapt kebiasaan masyarakat)
 
SUMBER
Cara Mendidik Anak-anak Menurut Islam.
Posted By:  
Unknown
on 19:51
Menurut perspektif Islam, 
pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih 
rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan
 Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan 
melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
Membentuk Dunia Kanak-kanak
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
" Wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya
Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:
" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)
Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.
Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.
Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Friday, 7 March 2014
50 Tanda-tanda Orang Munafiq.
Posted By:  
Unknown
on 16:01
Munafik dari segi bahasa maksudnya iaitu  orang yang menyembunyikan perkara 
atau maksud sebenar. Dari segi syarak pula munafik bermaksud seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya
 di dalam hati. Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu:
Pertama : Munafik dari segi akidah dan I’tiqad.
Kedua : Munafik dari segi perbuatan dan amalan.
50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Marilah kita semua menjauhi sifat-sifat munafiq. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah s.w.t.

Tuesday, 4 March 2014
Panduan Cara-Cara Bersetubuh Suami Isteri Cara Islam.
Posted By:  
Unknown
on 10:52
MEMUJUK RAYU SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :
Nabi
 Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum 
membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.
TIDAK BERBOGEL :
Apabila
 diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan 
menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang 
bulat seperti keledai.
- Hadits Riwayat Tabrani.
DI LARANG MENYETUBUHI DUBUR :
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
- Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.
DOA SEBELUM BERSETUBUH :
Dengan
 nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari 
gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang 
Engkau rezqikan kepada kami.
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :
Maka
 sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang
 anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan 
selama-lamanya.
- Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.
HAMPIR KELUAR MANI :
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini :
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.
PUTUS DITENGAH JALAN :
Apabila
 seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia 
menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai 
melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu 
juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
- Hadits Riwayat Ibnu Addi.
MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENONGGENG) :
Dari Jabir b. Abdulah berkata :
Bahwa
 orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata: Apabila seseorang menyetubuhi
 isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang 
lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian :
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”
- Surah Al Baqarah – ayat 223.
Keterangan:
Suami
 diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari 
belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).
KELEBIHAN BERSETUBUH :
Berikut adalah cara bersetubuh yang mendapat keberkatan apabila kita melakukannya :-Rasulullah s.a.w. bersabda :
“…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya :
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab :
Bukankah
 kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia 
berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang 
halal maka ia mendapat pahala.
- Hadits Riwayat Muslim.
MENGULANGI PERSETUBUHAN :
Apabila
 diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi 
persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.
HAID :
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”.
Oleh
 kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan
 janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.
- Surah Al Baqarah – ayat 222.
*Jangan
 mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang 
kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.
ISTERI YANG TIDAK BOLEH DI SETUBUHI OLEH SUAMI :
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata :
Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
‘Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
Sunday, 2 March 2014
Panduan Mandi Wajib Yang Betul.
Posted By:  
Unknown
on 21:52
Cara mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan di kalangan umat islam dan ramai yang masih tertanya-tanya cara mandi wajib yang betul.
Kenapa Anda Perlu Mandi Wajib :
 
Kenapa Anda Perlu Mandi Wajib :
1-Bersetubuh yakni memasukkan zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj wanita. 
2-Keluar mani walaupun hanya sedikit sahaja.
3-Mati melainkan syahid.
4-Keluar haid bagi wanita.
5-Keluar nifas yakni darah yang keluar bersama bayi ketika bersalin.
6-Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi Wajib.
1-Niat Mandi Wajib. 
2-Menghilangkan najis di badan samada yang jelas ('ayni) atau tidak jelas(hukmi).
3-Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. 
Niat mandi wajib.
Sunat Ketika Mandi Wajib. 
1-Mengadap Kiblat. 
2-Membaca basmalah. 
3-Membasuh dua tapak tangan. 
4-Mengambil wuduk sebelum mandi.
5-Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
6-Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
7-Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali. 
8-Mengambil
 air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang 
berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat 
dan ketiak.
9-Membasuh sebanyak 3 kali sebagai kias kepada wuduk.
Cara-Cara Mandi Wajib 
1-Bersihkan
 tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalang 
air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas .
2-Duduk
 bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua 
anggota yang zahir dan mudah untuk menyampaikan air ke kawasan-kawasan 
sulit seperti qubul dan dubur. Kalau berdiri pun tidak jadi masalah , 
yang penting ialah air sampai kepada semua bahagian anggota badan. 
3-Niat mandi wajib . Bagi sesiapa yang tidak pandai bahasa arab boleh dalam bahasa melayu. 
4-Sunat memulakan mandian disebelah kanan anggota badan dan seterusnya disebelah kiri. 
5-Gosok atau sapu disemua anggota badan , mengambil
 air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang 
berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat 
dan ketiak.(meratakan air keseluruh tubuh badan).
6-Selesai Mandi Wajib
Subscribe to:
Comments (Atom)