Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan 
seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali 
jin dan manusia.  Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai 
orang yang memandikan, aku minta kepadamu  kerana Allah untuk melepaskan
 pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat 
daripada seretan malaikat maut".  Selepas itu, mayat pula bersuara 
sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau 
menuangkan airmu dalam keadaan panas.  Begitu juga jangan menuangnya 
dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh 
dari tubuh".
    
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang 
yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku 
luka-luka dengan keluarnya roh".  Setelah dimandi dan dikafankan, 
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
 supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana 
ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali 
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik
 keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku 
telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.  Maka janganlah kamu 
menyakitinya.  Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian 
menyakiti mereka.  Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari 
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat 
selama-lamanya".  
  
  Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada 
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum 
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.  
    Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh 
pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, 
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan 
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". 
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku 
dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".  "Adapun 
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan 
keduniaan.  Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".  
    Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat 
kubur pecah.  Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur 
masing-masing.  Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda 
memperolehi nur di muka mereka.  Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat 
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.  Lalu dia bertanya kepada
 mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.  Maka mayat itu menjawab: 
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk 
drpd anak-anak dan teman-teman.  Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
 tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".  
    Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.  Pada 
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang 
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.  Mendengar keadaan itu, 
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan 
bersedekah untuk bapanya.  
    Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi 
melihat jirannya.  Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur 
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.  
    Baginda Rasullullah saw bersabda:-
Apabila
 telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan 
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka 
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai 
kelutut.  Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk 
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka 
keluar.  Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik 
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. 
 Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik 
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan 
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:-
"Kalau 
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan 
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu 
dapat melihat kedudukannya di syurga.  Apabila orang yang beriman itu 
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di 
sekelilinginya.  Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan 
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang 
nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di 
sebelah kiri.  Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di 
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di 
sekelilinginya.  Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat 
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis 
bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
 maka datanglah malaikat maut.  Apabila malaikat maut hendak mencabut 
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut 
orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh 
orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan 
lidahnya berzikir kepada Allah swt".  Setelah malaikat maut mendengar 
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan 
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.  
    Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:-
"Wahai
 malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."  Sebaik saja 
malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba 
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.  Tapi keluarlah sedekah dari
 arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim 
dan keluar penulisan ilmu.  Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu 
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah 
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan 
tangan ini menulis ilmu pengetahuan."  Oleh kerana malaikat maut gagal 
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
 pula dari arah kaki.  Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan 
sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini
 sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan 
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."  Apabila gagal 
malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat 
maut cuba pula dari arah telinga.  Sebaik saja malaikat maut menghampiri
 telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
 kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." 
 Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata 
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada 
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa 
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan 
Allah."  Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
 Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:-
"Wahai
 malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh 
orang yang beriman itu."  Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka 
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. 
 Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka 
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.  Maka berkata Abu Bakar ra: 
    "Roh itu menuju ke tujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.  
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.  
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.  
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.  
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  
    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."  
    Telah bersabda Rasullullah saw:  Tiga kelompok manusia yang akan 
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari 
kuburnya:-  
    1. Orang-orang yang mati syahid. 
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.  
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.  
    Sekian untuk ingatan kita bersama.
Artikel ------- http://bakib.weebly.com/ 
Thursday, 14 August 2014
Amalan Harian Seorang Muslim.
Posted By:  
Unknown
on 04:00
Amalan Harian Seorang Muslim.
Artikel------ http://bakib.weebly.com/
- Mendirikan solat Fardu 5 kali sehari
 - Membaca dan mengkaji Al-Quran
 - Mendirikan solat-solat Sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, sebelum dan selepas solat fardu, Dhuha dan Witir
 - Mengingati Allah seperti membaca zikir Al-Mathurat, istighfar, tahmid dan tahlil
 - Mengingati mati
 - Mencari rezeki yang halal
 - Mendidik anak-anak
 - Menguruskan rumah-tangga
 - Menuntut ilmu
 - Melaksanakan akhlak mulia
 - Menjauhi sifat-sifat yang dikeji
 - Melaksanakan da'wah
 - Mengikuti sunnah Nabi dalam melakukan suatu perkara
 - Membaca doa dalam setiap perbuatan yang harus.
 
Artikel------ http://bakib.weebly.com/
Subscribe to:
Comments (Atom)


