Adi bin Hatim r.a meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w katanya, baginda bersabda yang bermaksud :
“Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia
akan berhadapan dengan Allah. Antara manusia dan Tuhan tidak ada
jurubahasa”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Pertemuan dengan Allah di akhirat adalah sesuatu agenda utama
manusia ketika dibangkitkan di Mashyar kelak, setelah kita berusaha
keras dengan beribadat bersungguh-sungguh kepadaNya.
Orang-orang yang beriman lagi soleh bukan saja dapat bertemu Allah
malah dapat menatap wajah Yang Maha Agung. Sementara orang-orang yang
menderhaka penciptaNya juga dapat bertemu dengan Allah tetapi tidak
dapat menatap wajahNya. Sekiranya golongan ini gagal menatap wajah
Allah, apatah lagi golongan-golongan yang kufur kepadaNya.
Walaubagaimanapun mereka pasti bertemu denganNya tanpa jurubahasa
ataupun perantara. Yang dimaksudkan bertemu Allah itu ialah mereka pasti
berhadapan dengan mahkamah Allah (Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil) itu
tidak memerlukan bantuan malaikat untuk menjalan tugas pendakwaan,
maupun sebarang juru bahasa untuk menterjemahkan segala perbuatan keji
dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia.
Segala urusan daripada Hari Pendedahan segala rahsia perbuatan
mungkar dan keji itu, segala penyerahan catatan akan dilakukan Allah
sendiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa setiap hamba pasti berdepan
dengan Allah di akhirat.
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai Hari
Pendedahan yang dilakukan oleh Allah terhadap hambaNya di akhirat, ada
di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala keburukan
diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai kerana tidak sanggup
menanggung malu yang amat sangat. Ada antara mereka menganggap lebih
baik mereka terus dicampakkan ke neraka asalkan tidak didedahkan
perbuatan mereka yang keji dan hodoh.
Di akhirat nanti, akan ada manusia yang sudah bersedia untuk terjun
ke bawah neraka daripada dimalukan dikhalayak ramai. Begitulah keadaan
gawat yang berlaku di Mahsyar apabila Allah melaksanakan sesi Yaumul
“Ardh.
SUMBER
Saturday, 16 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment