Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati
ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu
dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah.
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya
tanpa hisab”
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya
tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum
pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku
khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang
isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari
sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi
sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang
diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran
seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.
Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku,
bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan
aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”
Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya
Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada
sama sekali.”
Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu
tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat
bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga
malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya
bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat
kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria,
sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata;
sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu
Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi
ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi
daripada keturunan orang-orang soleh.
Doa Nabi Zakaria. a.s.
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya
anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban
yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak
yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak
mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan
Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5
waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.
SUMBER
Author: Abu Jarir Ummu Aisyah
Sunday, 17 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus tips
ReplyDelete