Showing posts with label Amalan Disukai Allah. Show all posts
Showing posts with label Amalan Disukai Allah. Show all posts

Monday, 16 September 2013

Amalan-Amalan Ke Syurga.

Syurga merupakan tempat idaman setiap mukmin yang dijanjikan oleh Allah untuk hambaNya yang mengesakanNya serta mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh merendah diri. Kita hanya dimasukkan ke syurga hanya dengan rahmat Allah SWT. Untuk memperolehi rahmat Allah ialah dengan beramal soleh sebagaimana sabda Rasulullah saw dalam satu hadis qudsi yang bermaksud:

Artinya: "Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak pernah terbetik di dalam hati manusia. Ia membenarkan firman Allah SWT:

"Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat)yang menyedapkan pandangan mata sebagai ganjaran terhadap apa yang telah mereka kerjakan.( Muttafaq Alaih)

Antara amalan-amalan yang membawa seseorang ke syurga berdasarkan hadis-hadis Nabi saw ialah :


1. Puasa

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Di dalam Syurga terdapat lapan pintu,terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan, tidak ada seorangpun yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa". (Imam al-Bukhari dan Muslim)

2. Solat, Jihad dan Sedekah.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menafkahkan dua barang di jalan Allah maka akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan. Barangsiapa yang termasuk ahli shalat maka ia akan dipanggil dari pintu shalat, siapa yang termasuk ahli jihad maka ia akan dipanggil dari pintu jihad, siapa yang ahli puasa maka ia akan dipanggil dari pintu ar Rayyan dan siapa yang ahli shadaqah maka ia akan dipanggil dari pintu sedekah"(al-Bukhari dan Muslim)

3. Berwuduk dengan sempurna kemudian berdoa

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Tidaklah seorang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya kemudian ia mengucapkan: (Aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya) kecuali dibukakan untuknya pintu syurga yang lapan, dia dapat memasukinya dari mana pintu yang dikehendakinya". ( Abu Daud disahihkan oleh Al Albani di dalam Shahih Abi Daud, no: 169)


4. Wanita yang menjaga shalat lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Jika seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya; masuklah syurga dari pintu-pintunya yang engkau kehendaki". (riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al Albani di dalam Shahihul Jami', no: 160)

5. Ibu kematian tiga anaknya yang belum baligh

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Tiada seorang muslim yang meninggal dari anaknya tiga orang yang belum baligh kecuali mereka akan menemuinya dan ia akan masuk dari pintu syurga yang delapan dari mana saja yang ia kehendaki". ( riwayat Ibnu Majah dan dihasankan oleh Al Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib, no: 1993.)

Demikian hadis-hadis yang menerangkan beberapa amalan yang menyebabkan seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga Allah membimbing kita agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.




SUMBER ------ http://pbasmkps.blogspot.com/

Thursday, 5 September 2013

10 Amalan yang akan mengubah kehidupan anda.

Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan – pasti ada titik-titik down kita. Apa perasaan ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong.

Normal kita jika berlaku sedemikian? Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya.

“ Iman itu bertambah, dan berkurang.”
“ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”

Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Sikap proaktif yang bagaimanakah akan kita cerna dan gerakan ketika menghadapi situasi sebegini. Suka saya mulaikan perkongsian ini dengan bingkisan jiwa murabbi saya, Abu Umar berkaitan jiwa kita.
Bingkasan Jiwa :
Apabila Jiwa Kosong

Apabila jiwa kosong 
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan.

Sungguh sederhana bahasanya serta sentuhan perasaan yang dinukilkan. Tetapi, jika kita amati jika jiwa kita kosong, hambar, hilang keghairahan serta tiada lagi manis-manis keimanannya maka yang bertakhta di hati hanyalah kesengsaraan, kekecewaan, kerisauan dan kesedihan.
Apabila dirundum kesedihan sedemikian rupa, apa sebenarnya yang kita hajati?

Tentunya, ramai orang hajatkan  sebuah hembusan yang bernama ketenangan, kebahagian dan ketenteraman. Justeru, rawatan pulih itu perlu disegerakan, digerakan, dilaksanakan dan diamalkan sepanjang hayat kita.

Oleh itu, perkongsian saya kali ini ingin membawa sahabat pembaca kepada ubat yang boleh mengisi kelompongan yang ada dalam hati kita ini. Rawatan yang harus disegerakan sepantas kilat yang bercahaya.

Rawatan Jiwa : Super 10.
Super 10? ( Baca : Super Ten)
Apa tu?
Super 10 ini hanya nama yang saya letak untuk 10 amalan yang akan memberikan suatu kesan yang luar biasa sekiranya kita amalkan dalam kehidupan kita. Ianya hanya bermakna apabila kita buat, amal dan beristiqamah dengannya dalam bentuk pengamalan dan penghayatan.
Apakah elemen-elemen Super 10 ini?

Pertama :
Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :
“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!

Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.
Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)
Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”

Ketiga :
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.
Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.
Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.
Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.
Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”
( HR Nasai)

Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda :
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.

Kelima :
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.
Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.
Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)

Keenam :
Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.
Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”
Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil  73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)

Kelapan  :
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.
Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

Kesembilan :
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.
Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.
Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.
Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.


SUMBER ---- http://langitilahi.com/8797

Friday, 30 August 2013

Amal Yang Paling Disukai Allah SWT.

Allah SWT menyukai manusia yang selalu berusaha untuk taqarrub ke pada-Nya, dengan menggunakan semua kenikmatan yang diberikan, baik nikmat dhohir maupun nikmat bathin. Semua perbuatan yang dilakukannya semata-mata ditujukan untuk meraih ridha Allah.

Dalam suatu kesempatan seorang shahabat Nabi SAW yang bernama Ibnu Mas’ud ra bertanya kepada Nabi SAW:
 
Ya Nabi SAW, amalan apa yang paling disukai Allah SWT ? 
Nabi SAW menjawab,"sholat tepat pada waktunya". Ibnu Mas'ud bertanya lagi, " kemudian apa lagi ?".

Rasulillah SAW menjawab "berbakti kepada orang tua". Ibnu mas'ud bertanya lagi,
"kemudian apa lagi ya Rasulillah ?". Rasulillah SAW menjawab "Berjihad dijalan Allah".

 Hadist diriwayatkan oleh mutafaqalaih

Mari membahasnya satu-persatu

Shalat tepat pada waktunya 

Perintah menegakan shalat di sebut dalam lebih 10 ayat dalam al-Qur’an. Menegakan shalat tepat pada waktunya terutama shalat lima waktu. “shalat adalah tiang agama” demikian yang disampaikan nabi dalam hadist yang lain. Begitu pentingnya shalat, hingga amal pertama yang akan dihisab di hari akhir nanti adalah shalat. Menegakkan shalat tepat pada waktunya, itulah amalan manusia yang paling disukai Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat yang artinya “sesungguhnya shalat itu mencegah pada perbuatan keji dan munkar”. Setelah shalat wajib, ada shalat malam atau tahajud juga merupakan shalat yang dianjurkan untuk selalu dilaksanakan. Nabi SAW sendiri menghidupkan malam dengan melakukan shalat.

Berbakti kepada kedua orang tua
Orang tua menempati kedudukan yang tinggi. Ridha Allah kepada seorang hamba juga bergantung pada ridha kedua orang tuanya. Sekaya apapun, sepintar apapun, serta apapun keadaan hamba, ingatlah apa yang telah dicapai itu juga berkat dukungan dan doa kedua orang tua. Manusia terlahir di dunia berkat campur tangan kedua orang tuanya. Allah SWT sangat tidak menyukai orang yang berlaku kasar kepada orang tua. Orang tua kita menduduki tempat ketiga yang harus kita hormati setelah Allah SWT dan RasulNya.


Berjihad di jalan Allah
Berjihad dalam makna yang seluas-luasnya. Ada pemahaman keliru yang sengaja dibiarkan dalam mengartikan kata jihad. Jihad hanya dipahami sebagai berperang mengangkat senjata melawan orang-orang kafir yang memusuhi islam. Padahal jihad adalah berjuang dengan segala kemampuan untuk menegakan ajaran agama. Sekali lagi jihad jangan dipahami sebagai berperang saja. Allah SWT menyuruh kita untuk berjihad dengan menggunakan harta dan jiwa kita. Jihad dengan apa yang kita miliki baik berupa ilmu, harta dan apapun yang ada pada diri kita. Jika kita sudah berumah tangga, mencari nafkah dengan jalan yang halal untuk keluarga kita juga termasuk bentuk jihad dijalan Allah. Allah SWT menyukai orang-orang yang selalu berjihad dijalan-Nya.


Demikian 3 amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, shalat tepat pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad dijalan Allah.


sumber : heru.wordpress.com.

Copyright @ 2013 Amalan Di Dunia..