1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan –
Riwayat
Tirmidzi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan
sebagainya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH S.W.T akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat farhdu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi S.A.W membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian memakai
pakaian terbaik dan wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin ‘Affan R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya- Riwayat Tirmidzi
11. Nabi S.A.W tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka,
baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan- Riwayat Bukhari. Apatah
lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi S.A.W makan dengan
menggunakan 3 jari(ibu jari telunjuk dan tengah)-Riwayat Muslim. Jarang
sekali baginda makan dengan menggunakan 4 atau 5 jari kecuali ada
keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walaupun sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH S.W.T
seperti yang dihadapi oleh para Nabi.
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wuduk setiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat.
Hadith:
Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya- Riwayat Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi
apa jua masalah.
17. Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
19. Nabi S.A.W tidak makan sambil bersandar- Riwayat Bukhari.
Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi
mengelakkan dirinya terlalu kenyang dan memudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali setiap selesai
solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH S.W.T akan menghindarkannya
daripada sebarang bencana.
21. Nabi S.A.W sering beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung
dan menghembuskannya). Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22. Setelah bersolat Nabi S.A.W memohon ampun (
astagfirullahal’aziim) tiga kali-Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang
lain, Nabi S.A.W adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23. Sesiapa yang menamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap
hari, ALLAH S.W.T akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh
serta bahaya fitnah.
24. Apabila Nabi S.A.W tidur, ia mendahulukan baring mengiring
sebelah kanan – Riwayat Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan
baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH S.W.T segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA.
26. Tika Nabi S.A.W tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan
An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) – Riwayat Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH S.W.T.
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
S.A.W menyarankan, cukup dengan membersihkan kemaluan dan berwuduk
tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi
S.A.W berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain
(kerana bimbang terdedah aurat) – Riwayat Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafa’at (pertolongan) daripada
baginda S.A.W.
32. Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) –
Riwayat Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi
S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali
sehari.
34. Setelah bersolat Nabi S.A.W memohon ampun (astagfirullahal’aziim)
tiga kali – Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi S.A.W.
adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi S.A.W
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) – Riwayat Bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
setiap selepas menunaikan solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan
dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi S.A.W bersin, beliau meletakkan tangan atau pakaiannya di mulut
(kerana dibimbangi terpercik) – Riwayat Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
39. Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak
100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya – Riwayat Abu Naim
40. Nabi S.A.W tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah dan amat menghargainya – Riwayat Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH S.W.T akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka-sangka baginya.
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya – Muttafaq ‘Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda
penghormatan) – Muttafaq ‘Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari
tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun dan
wabak penyakit berbahaya yang lain.
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi S.A.W sering
melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda
syukur hamba terhadap ALLAH S.W.T– Riwayat Abu Dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH S.W.T
akan hajatnya.
47.Memberi salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi S.A.W (apabila mendatangi rumah sahabat) memberi salam hingga 3 kali – Riwayat Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, baginda beredar.
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah- Riwayat Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH S.W.T sempurnakan hajat yang baik
dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
SUMBER ----- http://rezekihalal.com/amalan-harian-untuk-manfaat-diri-kita/
Showing posts with label Tips Amalan Harian. Show all posts
Showing posts with label Tips Amalan Harian. Show all posts
Friday, 27 September 2013
Thursday, 5 September 2013
10 Amalan yang akan mengubah kehidupan anda.
Posted By:
Unknown
on 06:02
Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat
bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan
kehidupan – pasti ada titik-titik down kita. Apa perasaan ketika itu?
Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa
amat-amat kosong.
Normal kita jika berlaku sedemikian? Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya.
“ Iman itu bertambah, dan berkurang.”
“ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”
Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Sikap proaktif yang bagaimanakah akan kita cerna dan gerakan ketika menghadapi situasi sebegini. Suka saya mulaikan perkongsian ini dengan bingkisan jiwa murabbi saya, Abu Umar berkaitan jiwa kita.
Bingkasan Jiwa :
Apabila Jiwa Kosong
Apabila jiwa kosong
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan.
Sungguh sederhana bahasanya serta sentuhan perasaan yang dinukilkan. Tetapi, jika kita amati jika jiwa kita kosong, hambar, hilang keghairahan serta tiada lagi manis-manis keimanannya maka yang bertakhta di hati hanyalah kesengsaraan, kekecewaan, kerisauan dan kesedihan.
Apabila dirundum kesedihan sedemikian rupa, apa sebenarnya yang kita hajati?
Tentunya, ramai orang hajatkan sebuah hembusan yang bernama ketenangan, kebahagian dan ketenteraman. Justeru, rawatan pulih itu perlu disegerakan, digerakan, dilaksanakan dan diamalkan sepanjang hayat kita.
Oleh itu, perkongsian saya kali ini ingin membawa sahabat pembaca kepada ubat yang boleh mengisi kelompongan yang ada dalam hati kita ini. Rawatan yang harus disegerakan sepantas kilat yang bercahaya.
Rawatan Jiwa : Super 10.
Super 10? ( Baca : Super Ten)
Apa tu?
Super 10 ini hanya nama yang saya letak untuk 10 amalan yang akan memberikan suatu kesan yang luar biasa sekiranya kita amalkan dalam kehidupan kita. Ianya hanya bermakna apabila kita buat, amal dan beristiqamah dengannya dalam bentuk pengamalan dan penghayatan.
Apakah elemen-elemen Super 10 ini?
Pertama :
“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!
Kedua :
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)
Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”
Ketiga :
Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.
Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.
Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”
( HR Nasai)
Keempat :
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.
Kelima :
Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)
Keenam :
Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
Ketujuh :
Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)
Kelapan :
Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
Kesembilan :
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.
Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
Kesepuluh :
“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.
Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.
SUMBER ---- http://langitilahi.com/8797
Normal kita jika berlaku sedemikian? Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya.
“ Iman itu bertambah, dan berkurang.”
“ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”
Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Sikap proaktif yang bagaimanakah akan kita cerna dan gerakan ketika menghadapi situasi sebegini. Suka saya mulaikan perkongsian ini dengan bingkisan jiwa murabbi saya, Abu Umar berkaitan jiwa kita.
Bingkasan Jiwa :
Apabila Jiwa Kosong
Apabila jiwa kosong
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan.
Sungguh sederhana bahasanya serta sentuhan perasaan yang dinukilkan. Tetapi, jika kita amati jika jiwa kita kosong, hambar, hilang keghairahan serta tiada lagi manis-manis keimanannya maka yang bertakhta di hati hanyalah kesengsaraan, kekecewaan, kerisauan dan kesedihan.
Apabila dirundum kesedihan sedemikian rupa, apa sebenarnya yang kita hajati?
Tentunya, ramai orang hajatkan sebuah hembusan yang bernama ketenangan, kebahagian dan ketenteraman. Justeru, rawatan pulih itu perlu disegerakan, digerakan, dilaksanakan dan diamalkan sepanjang hayat kita.
Oleh itu, perkongsian saya kali ini ingin membawa sahabat pembaca kepada ubat yang boleh mengisi kelompongan yang ada dalam hati kita ini. Rawatan yang harus disegerakan sepantas kilat yang bercahaya.
Rawatan Jiwa : Super 10.
Super 10? ( Baca : Super Ten)
Apa tu?
Super 10 ini hanya nama yang saya letak untuk 10 amalan yang akan memberikan suatu kesan yang luar biasa sekiranya kita amalkan dalam kehidupan kita. Ianya hanya bermakna apabila kita buat, amal dan beristiqamah dengannya dalam bentuk pengamalan dan penghayatan.
Apakah elemen-elemen Super 10 ini?
Pertama :
Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail
adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!
Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum
terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin
muslim.
Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda
percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi
kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan
mencegah kemungkaran.Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)
Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”
Ketiga :
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.
Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.
Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.
Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”
( HR Nasai)
Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda :“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.
Kelima :
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.
Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri
daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang
dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan
lumayan.Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)
Keenam :
Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.
Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa
Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu
setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal
walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)
Kelapan :
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT
dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu
harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu
dan kendur.Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
Kesembilan :
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.
Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.
Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.
Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.
SUMBER ---- http://langitilahi.com/8797
Friday, 23 August 2013
Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah SAW.
Posted By:
Unknown
on 20:44
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam
dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu
menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang
itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah
kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak
dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah
kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun
keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah
balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah
balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam
menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil,
‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas,
al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan
tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau,
dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu
Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau
bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui
bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan
datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
Posted By ------ Syafiqolbu
http://shafiqolbu.wordpress.com/
Subscribe to:
Comments (Atom)


