Showing posts with label Balasan Di Akhirat. Show all posts
Showing posts with label Balasan Di Akhirat. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

CIRI-CIRI SOLAT SEMPURNA

Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;
1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.
2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?


Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); “Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu-)

Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?

1. Bersih dari hadas dan najis.
2. Memakai pakaian menutup aurat
3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4. Memastikan arah qiblat.
5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.

Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?

Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.



USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://fiqh-am.blogspot.com

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab Baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.'

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil olehmu kedua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a, 'Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah s.a.w, 'Suaminya.' 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?'Jawab Rasulullah s.a.w, 'Ibunya.'

13. Wanita apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


TATACARA BERHIAS DAN WANITA SOLIHAH.

Berkata Nabi SAW kepada Umar RA,” Mahukah kamu, aku khabarkan sebaik-baik simpanan seseorang? Ia adalah wanita solihah iaitu apabila suami memandangnya ia menyenangkannya.”

   Syeikh Abdul Hamid menyatakan bahawa Islam mengangkat tinggi darjat berhiasnya seseorang wanita. Dengan demikian, seorang wanita yang mengambil berat mengenai berhias dan bercantik di hadapan suami semata-mata untuk menggembirakan suami, dinilai oleh Allah SWT sebagai wanita solihah yakni sebaik-baik perhiasan dunia.

   Sedangkan Syeikh Ahmad Alqet mengatakan bahawa sudah menjadi fitrah wanita untuk menjaga badan, kecantikan dan keserasian pakaiannya sehingga masa-masa remajanya, digunakan untuk menarik perhatian lelaki. Pertautkan hatinya dengan lelaki idaman yang dirasa sanggup menitipkan dirinya melalui jalan syariah. Apabila perkara ini belum tercapai olehnya, biasanya dengan segala kemampuan dan kepandaiannya, dikerah hanya  untuk menjaga kecantikan yang menjadi jaminan masa depan.

   Dalam kitab ‘Kaifa Tus’eed Zaujatak’ dikatakan bahawa Islam juga menggalakkan wanita agar berhias dengan sopan dan tidak menimbulkan murka Allah SWT serta fitnah sesama manusia. Syeikh Abdul Hamid juga menasihatkan agar wanita /isteri menjadi ratu kecantikan dan keindahan di dalam rumahnya, membawa keredhaan Rabbnya dan kebahagiaan bagi suaminya.

   Pengarang kitab ‘Al-Muntaqal Akhbar’ menjelaskan bahawa fungsi pakaian adalah untuk menutup aurat dan melindungi tubuh dari perkara-perkara yang boleh merosakkan. Berhias tidaklah dilarang sekiranya maksudnya untuk menyatakan nikmat Allah SWT yang diberikan kepada kita. Tetapi perkara yang menjadi ianya terlarang apabila ia bermaksud untuk menyombongkan kekayaan, membangkitkan  kecintaan terhadap bersolek atau kerana mahu mempamerkan kekayaan. Oleh kerana itu Islam membolehkan  wanita untuk memakai emas dan pakaian sutera tetapi bagi kaum lelaki adalah dilarang sama sekali.

   Untuk itu ada beberapa anjuran bagi wanita dalam masaalah berhias iaitu ;-

         Jangan Bertabarruj.

 Firman Allah SWT : “.......dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dahulu...” (Al-Ahzab : 33)
   Qatadah menyatakan, “Mereka itu adalah wanita yang berjalan lenggang-lenggok “. Sedangkan Abu Najib menyebutkan, “Wanita yang berjalan dengan kebanggaan”. Al-Farabi pula mengatakan,” Wanita yang berpakaian tipis sehingga menampakkan kulit badannya.” Yang pasti Aliim Ulamaa’ berpendapat bahawa, “Wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain daripada suaminya.”
   Dikatakan oleh Imam Mujahid bahawa, tabarruj adalah wanita yang bersolek, berhias diri untuk memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki. Mereka ini tidak memiliki rasa malu walaupun sedikit, mereka berjalan di antara lelaki, berlenggang-lenggok, berdesak-desakan dengan lelaki di pasar-pasar dan berjalan di hadapan lelaki di jalan-jalan juga di masjid-masjid. Di malam hari berjalan di tempat yang terang, dengan niat untuk mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada orang ramai. Inilah yang dilakukan oleh wanita-wanita jahilyyah. Al-Quran telah melarang muslimaat berbuat seperti demikian.

   Timbul pertanyaan ; Apakah manfaat dan keuntungan dari kecantikan, keindahan, sertta perhiasan sekiranya sudah ternyata ia tidak disukai Allah SWT, bahkan membawa kemurkaanNya sahaja? Di sini, ramai wanita tertipu, mereka mahu dipuji dan disenangi oleh makhluk tetapi lupa bagaimana agar Al-Khaliq juga menyenangi dan memujinya.

   Ada beberapa akibat dari perbuatan tabarruj wanita ini, seperti ;-

1.      Akan merebaknya dan terbukanya pintu perzinaan. Inilah akibat utama dari perbuatan tabarruj yang pada zaman ini semakin berleluasa.
2.      Akan timbul hawa nafsu yang tak terkawal.
3.      Merendahkan darjat wanita itu sendiri.
4.      Meruntuhkan akhlak dan moral manusia.
5.      Menimbulkan kebiasaan buruk seperti perbuatan onani, liwat, lesbian dan sebagainya.
6.      Jenayah kejahatan akan lebih mengancam ketenangan dan keamanan kaum wanita.
7.      Meruntuhkan kekuatan ruhani.
Dan sudah tentunya di akhirat nanti ia pasti akan mendapat balasan di atas segala perbuatannya tersebut.

   Al-Ghazali mengingatkan bahawa ramai wanita yang menyibukkan diri mereka dengan merias dan mencantikkan diri untuk membahagiakan suami, tetapi mereka terlupa untuk mengubah sifat dan akhlak mereka sendiri. Wanita-wanita begini sanggup mengorbankan ratusan ribu duit hanya untuk menjaga keindahan dan kecantikan tubuh mereka sahaja. Tetapi mereka melupakan kecantikan dan keindahan ruhani mereka, lalu ruhani mereka dibiarkan sengsara. Akibatnya, akhlak dan keimanan pun tidak terbina dan lemahnya iman serta rosaknya akhlak adalah malapetaka  yang besar di dunia ini.

  Jangan Menyerupai Lelaki.

Dari A’isyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda, “ Allah SWT melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” ( Muslim, Abu Dawud )
Rasulullah SAW bersabda, “ Allah SWT melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.” ( Abu Dawud, Tirmidzi )
   Seorang lelaki berkata, “ ketika aku sedang berasa bersama Abdullah Ibnu Amr Ibnu Ash, lalu beliau melihat Ummu Said bintu Abu Jahal dilehernya tergantung busur dan dan dia berjalan dengan gaya seorang lelaki. Maka Abdullah bertanya, “ Siapa perempuan itu? “ Dijawab, “ itu adalah Ummu Said bintu Abu Jahal.” Maka Abdullah berkata, “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Bukan dari ummatku wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.”

   Pada zaman ini, akibat lemahnya usaha dakwah dan amarr ma’ruf nahi munkar  dalam diri ummat Islam sehinggakan Islam begitu jauh dari kehidupan manusia sehingga apa saja yang menjadi batasan-batasan antara lelaki dan wanita pun sudah sukar untuk dibezakan. Padahal dalam solat sahaja Rasulullah SAW sudah membezakan aturan solat wanita dan lelaki. Begitu juga dalam cara duduk, berjalan, berpakaian, rambut dan amalan-amalan lainnya.

 Jangan Merubah Ciptaan Allah SWT.

Dari Abdillah RA, Rasulullah SAW  melaknat wanita yang mencabut bulu keningnya dan yang merengggangkan giginya agar kelihatan lebih cantik dengan merubah ciptaan Allah SWT. ( An Nasaa’i )

   Abdullah Ibnu Mas’ud RA berkata, “ Allah SWT melaknat orang yang membuat tattoo dan yang meminta untuk dibuatkan, orang yang merubah bentuk kening dan yang meminta untuk diubahnya dan orang yang mengubah bentuk gigi untuk tampil lebih baik dengan mengubah ciptaan Allah. “ Kemudian beliau berkata, “ Sampaikan perkara ini kepada seroang wanita Bani Asad, dia ahli Al-Quran ". Maka datanglah dia kepada Abdullah RA seraya berkata, “ Ada cerita sampai kepadaku daripada kamu, bahawa kamu melaknat orang-orang yang membuat hiasan tattoo dan orang-orang yang minta dibuatkan dan orang yang mengubah bentuk gigi untuk tampil lebih baik dengan mengubah ciptaan Allah.” Abdullah RA berkata,” Bagaimana aku tidak laknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah SAW, walhal ianya ada dalam Kitab Allah.” Berkata wanita itu, “ Aku telah membaca seluruh Kitab yang diwahyukan tetapi perkara ini aku tidak temui.” Maka Abdullah RA berkata, “ Kalau kamu benar-benar membaca pasti kamu akan menemuinya. BUkankan Allah SWT berfirman : Dan perintah yang datang kepadamu dari Rasul maka ambillah, larangan yang sampai kepadamu daripadanya maka jauhilah.’ ( Al-Hasyr : 7 )

   Berkatalah wanita itu kepada beliau, “ Tetapi aku masih melihat perkara ini pada isteri kamu.” Abdullah RA berkata, “ Pergilah kamu dan lihatlah.”  Al-Qamah RA berkata, maka masuklah wanita itu menemui isteri Abdullah RA  tetapi tidak mendapatkan apa-apa pun, maka kembalilah wanita itu sambil berkata, “ Aku tidak melihatnya.” Maka berkatalah Abdullah RA, “ Seandainya masih ada perkara begitu, maka tidak sekali-kalinya aku menjima’nya.” ( Muttafaqun Alaiih )

   Adapun hadis-hadis mengenai perkara ini  banyak menunjukkan tentang haramnya tatacara berhias seperti berikut ;-

1.      Al-Wasym : Iaitu menusukkan jarum atau belati dibelakang telapak tangan dekat dengan pergelangan, dibibir atau pada anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah. Kemudian tempat luka itu disapukan dengan celak atau sejenis kapur untuk menghasilkan warna hijau . Allah SWT melaknat  orang yang mengerjakan perbuatan di atas dan yang meminta dibuatkan.

2.      At-Tafalluj Lil husni : Merapikan gigi dengan alat pengikir atau sejenisnya. Perkara ini biasanya khusus untuk gigi depan dan gigi taring. Allah melaknat orang yang minta dirapikan atau yang mengerjakannya.
  
         Syeikh Abdul Hamid menerangkan bahawa demikianlah Islam melarang dengan tegas berhiasnya seorang wanita dengan cara merubah ciptaan Allah.

  Jangan Membazir.

   Allah SWT mencela orang yang boros dan orang yang suka melakukan perkaa yang sia-sia ini, firmanNya : “ Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) dengan boros (dan sia-sia), sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Israa’ : 26- 27 )

   Dalam perkara ini, Syeikh Abdul Hamid mengatakan bahawa setelah kita mengetahui tatacara berhias yang dibolehkan dan yang diharamkan, kami ingin mengingatkan kepada ukhti Muslimah tentang larangan lain iaitu berlebih-lebihan dalam berhias. Seorang wanita solihah hendaklah menjauhi sifat berlebih-lebihan ini baik dalam membelanjakan harta untuk membeli barang kosmetik ataupun dalam menghabiskan waktu berjam-jam di depan cermin. Ini kerana pemborosan dan perbuatan sia-sia ini mengakibat kita bertindak  mengenepikan kepentingan dan keperluan lain yang lebih utama. Dalam berhias hendaklah bersifat ekonomi, tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Kerana sebaik-baik perkara adalah bersederhana.
 

Petikan Dari ----- http://ahliahisham.blogspot.com/
( A. ABDURRAHMAAN AHMAD )

Friday, 23 August 2013

5 Amalan Yang Membantu di Akhirat.


Sahabat yang dirahmati Allah, di dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW telah di pelihatkan oleh Allah SWT seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti.
Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Lalu berkata Jibrail kepada baginda : “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
Alangkah ruginya kita apabila masa hidup di dunia telah diberikan peluang oleh Allah SWT kita mensia-siakan umur kita berlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak menggunakan sepenuhnya untuk menfaat kehidupan dihari akhirat nanti.
Sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Maksud Hadis ;

“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” – Hadis Riwayat Tarmizi.

Nabi SAW mengajarkan kepada kita doa : “Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika”

Maksud Doa:

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” – Hadis riwayat Ibnus Sunny.

1) Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Terjemahan Ayat: 

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya; Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.” – Surah al-Munafiqqun ayat 10.

Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat.

Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Semasa Israk dan Mikraj baginda diperlihatkan : “Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : ‘Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.’ .”

2) Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.
 Firman Allah SWT dalam Al-Quran;
 Terjemahan Ayat;

 “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.” – Surah Al-Mujaadilah ayat 11

Nabi SAW bersabda maksudnya;

“Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu fardu kifayah yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredai Allah SWT.

Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut fardu ain iaitu ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syarak.
Ilmu yang dimiliki perlu disampaikan dan disebarkan kepada semua manusia supaya dapat dimanfaatkan dan sebagai saham dan pahala yang berterusan.

3) Memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa ‘ala kulli syay’in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Semasa Mikraj Nabi SAW naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Kepada Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH . Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: “Mahu ya Rasulullah”. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

4) Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, ” Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang.

Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman maksudnya :

“Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadits Riwayat Turmudzi).

5) Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.

 

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, “Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.”

(Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud.
Firman Allah SWT maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.

(Surah al-Israa’ ayat 79)

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Sahabat yang dikasihi Allah,

Marilah sama-sama kita beramal dengan beramal dengan amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala dosa dan larangan-Nya, dan perbanyakkan 5 amalan yang dinyatakan di atas sebagai bekalan dan persiapan kita menghadapi hari yang tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita ketika itu melainkan amalan yang kita bawa bersama dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Amalkanlah doa yang sering di amalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab. Beliau pernah berdoa kepada Allah SWT : “Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku”

Artikel Oleh: Ustaz Abu Basyer. Klang. Selangor


 


 



 
 

 

Thursday, 22 August 2013

10 Amalan di dunia yang menempah neraka di Akhirat.

 



 Artikel Dari ----- http://detikislam.blogspot.com/

Copyright @ 2013 Amalan Di Dunia..