Kenapa Anda Perlu Mandi Wajib :
1-Bersetubuh yakni memasukkan zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj wanita.
2-Keluar mani walaupun hanya sedikit sahaja.
3-Mati melainkan syahid.
4-Keluar haid bagi wanita.
5-Keluar nifas yakni darah yang keluar bersama bayi ketika bersalin.
6-Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi Wajib.
1-Niat Mandi Wajib.
2-Menghilangkan najis di badan samada yang jelas ('ayni) atau tidak jelas(hukmi).
3-Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Niat mandi wajib.
Sunat Ketika Mandi Wajib.
1-Mengadap Kiblat.
2-Membaca basmalah.
3-Membasuh dua tapak tangan.
4-Mengambil wuduk sebelum mandi.
5-Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
6-Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
7-Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali.
8-Mengambil
air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang
berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat
dan ketiak.
9-Membasuh sebanyak 3 kali sebagai kias kepada wuduk.
Cara-Cara Mandi Wajib
1-Bersihkan
tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalang
air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas .
2-Duduk
bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua
anggota yang zahir dan mudah untuk menyampaikan air ke kawasan-kawasan
sulit seperti qubul dan dubur. Kalau berdiri pun tidak jadi masalah ,
yang penting ialah air sampai kepada semua bahagian anggota badan.
3-Niat mandi wajib . Bagi sesiapa yang tidak pandai bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
4-Sunat memulakan mandian disebelah kanan anggota badan dan seterusnya disebelah kiri.
5-Gosok atau sapu disemua anggota badan , mengambil
air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang
berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat
dan ketiak.(meratakan air keseluruh tubuh badan).
6-Selesai Mandi Wajib
0 comments:
Post a Comment