Showing posts with label Kematian Husnul Khotimah. Show all posts
Showing posts with label Kematian Husnul Khotimah. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Amalan-Amalan Untuk Menghapus Dosa.

1. Bertaubat.

Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus ikhlas, mudah-mudahan Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.” (At-Tahrim : 8 )
Rasullullah saw bersabda, “Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak pernah berdosa.” (Diriwayat oleh Ibnu Majah)

 2. Berlapangkan dada (Samahah).

Rasullullah saw bersabda, “Malaikat menyambut roh seorang lelaki dari orang sebelummu. Mereka bertanya, ‘Adakah engkau pernah beramal kebajikan?’ Roh itu menjwb, ‘Aku pernah menyuruh anak-anak  mudaku untuk bersikap samahah kepada orang susah dan memaafkan orang-orang  berada,’ maka Allah swt berfirman, ‘Maafkanlah.” (Dirwayatkan oleh Bukhari)

 3. Sentiasa mengucapkan salam dan berkata perkara yang baik.

Rasullullah saw bersabda, “Sesungguhnya di antara hal yang menghapuskan dosa dan mendatangkan keampunan, adalah mengucapkan salam dan berkata baik.”

 4. Berjabat tangan apabila bersemuka.

Rasullullah saw bersabda, “Tidakkah dua orang Muslim bertemu lalu bersalaman melainkan dosa keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

 5. Sentiasa melakukan Qiyammullail.

Rasullullah saw bersabda, “Kerjakanlah qiyammullail kerana  ia kebiasaan orang-orang soleh sebelummu, ia mendekatkan diri kepada  Allah, mencegah perbuatan dosa, menghapus kejahatan yang beragam dan mengusir penyakit hasad atau dengki.” (Diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi)

 6. Sentiasa melakukan solat tasbih.

Abu Hurairah ra berkata, “Rasullullah saw berpesan kepada  Abbas bin Abdul Muthalib, “Hai Abbas, pakcikku. Tidakkah engkau kuberi, tiadakah engkau kuanugerahi, tiadakah aku kerjakan untukmu sepuluh perkara yang  engkau menjalankannya, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang sengaja mahupun yang tidak sengaja, yang besar dan yang  kecil, yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Iaitu sepuluh hal di mana engkau solat empat rakaat dgn membaca Surah Al-Fatihah dan salah satu surah dalam setiap rakaat pertama, maka bacalah, ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaaha illallaah wallahu akbar,’ sebanyak 15 kali, setelah itu barulah engkau ruku’ dan bacalah kalimat tersebut sebanyak 10 kali, lalu engkau bangun dari sujud dengan membacanya lagi sebanyak 10 kali kemudian engkau sujud kembali dan membacanya lagi sebanyak 10 kali lalu bangun dan kemudian membacanya dgn jumlah yang  sama. Bererti berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kau kerjakan itu semua dalam 4 rakaat, jika mampu engkau melakukan solat itu satu kali setiap sehari, jika tidak mampu, setiap Jumaat, jika setiap Jumaat tidak mampu kerjakanlah setiap bulan sekali dan jika  tidak mampu pula, maka lakukanlah seumur hidupmu sekali.” (Diriwayatkan Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ath-Thabrani, Hakim, Baihaqi dan yang lainnya)

 7. Menegakkan had (Hukuman).

Rasullullah saw bersabda, “Setiap hamba yang terjerumus kepada  larangan Allah, lalu dijalankan atasnya hukumnya (had)Nya, maka dosa tersebut dihapus darinya kerananya.” (Diriwayat oleh Hakim, Darini, Ahmad dan lainnya)

 8. Menjauhi dari dosa-dosa besar.

Allah swt berfirman, “Jika  sekalian meninggalkan dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yg kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” (An-Nisa’ : 31)

 9. Sabar ketika ditimpa masalah.

Rasullullah saw bersabda, “Manusia yang paling besar ujiannya adalah para nabi kemudian yang ditingkatkan sesudahnya lalu orang yang di bawahnya orang lagi. Seorang lelaki diuji sesuai dengan kadar kemampuan beragamanya (imannya). Jika  dia teguh memegang agamanya, ujiannya lebih berat dan jika lemah dalam beragama, maka ia dicuba sesuai dengan kemampuannya. Seorang hamba terus menerus diberi cubaan sehingga ia berjalan di muka bumi dalam keadaan tak punya dosa dan kesalahan.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

10. Sentiasa dalam keadaan berwudhuk.

Usman bin Affan berkata, Rasullullah saw bersabda, “Siapa saja yang berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah dari tubuhnya kesalahan-kesalahannya sampai keluar dari hujung kuku-kukunya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 11. Mendirikan Solat.

Dari Abu Hurairah ra, ia, mendengar Rasullullah saw bersabda, “Bagaimana pendapatmu jika sebuah sungai mengalir di depan pintu rumahmu kemudian kamu mandi di sungai tersebut setiap hari 5 kali. Adakah tubuhmu berdaki?” Para sahabat menjwb, “Tentu tidak ada kotoran pada akami sedikitpun. “Maka Rasullullah saw berkata, ‘Itulah perumpamaan solat yg 5 waktu. Dengannya Allah menghapus dosa-dosa org yang mengerjakan solat.’ (Diriwayatkan oleh Bukhari)

 12. Sujud kepada  Allah swt

Rasullullah saw bersabda, “Hai Abu Fathimah, perbanyakkanlah sujud, kerana  tidaklah seorang Muslim sujud kepada  Allah sekali sujud, melainkan Allah akan mengangkatnya ke satu tingkatan (syurga) dan akan dihapus baginya satu kesalahan.” (Diriwayatkan oleh Ahmad)

 13. Mati fisabilillah

Dari Abu Qatadah berkata, “Ada seorang lelaki berdiri lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku terbunuh fisabilillah, kesalahan-kesalahanku dihapus?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika  kamu mati fisabilillah dalam keadaan sabar dan mencari redha Allah serta tampil menghadapi perang bukan berpaling darinya.’ Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ‘Bagaimana pertanyaanmu tadi?’ Lelaki itu kembali bertanya, ‘Adakah dosa-dosaku diampuni, jika aku mati fisabilillah?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika engkau sabar, mengharap redha Allah, serta tidak berpaling dari peperangan itu, kecuali hutang (tidak dianggap lunas). Jibril datang membisikkan kepadaku tentang hal itu’.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 14. Berpuasa di bulan Ramadhan, Arafah dan Asyura.

Rasullullah saw bersabda, “Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Dalam hadis lain baginda bersabda, “Puasa 3 hari tiap bulan dan Ramadhan ke Ramadhan, itulah puasa seumur hidup. Puasa Arafah kerana  mencari redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelum dan sesudahnya, sedang puasa pada hari Asyura kerana redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelumnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 15. Menunaikan Haji dan umrah.

“Sertakan haji dgn umrah, kerana keduanya akan menghilangkan kekafiran dan dosa-dosa  sebagaimana pandainya besi melenyapkan karat pada besi.” (Diriwayatkan An-Nasa’I dan Ath-Thabrani)

 16. Perbanyakkan sedekah.

Allah swt berfirman, “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang  fakir, maka hal itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus darimu kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah : 271)

 17. Zikrullah.

Rasullullah saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’ itu menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)



SUMBER ---- http://amirulasril.com/amalan-amalan-penghapus-dosa/

Thursday, 5 September 2013

19 TANDA KEMATIAN YANG MULIA (KHUSNUL KHOTIMAH)

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)

Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)

Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”

Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”

Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”

Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”

Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)

Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”

Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”

Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”

Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Semoga kita dimatikan di dalam Khusnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah.Amin... InsyaAllah..



Copyright @ 2013 Amalan Di Dunia..